Formula baru perpaduan Melayu? PDF Print E-mail

'PAKATAN SENYAP’ antara UMNO dan Pas amat diperlukan untuk pembangunan Islam dan Melayu di negara ini kerana perbezaan politik tidak harus terbawa-bawa sehingga mengakibatkan perpecahan ummah dan merugikan Melayu secara keseluruhan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pakatan secara tertutup atau terbuka antara UMNO dan Pas adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam serta menuntut ia dilakukan demi kepentingan bersama.

Menurutnya, ajaran Islam tidak pernah menggalakkan umat berbalah, malah menyeru semua pihak tidak kira fahaman, warna kulit dan agama agar berdamai demi membangunkan agama, bangsa dan negara.

“Tidak kira ia dipanggil `pakatan senyap` ataupun `pakatan terbuka`, tetapi pakatan ini perlu diadakan demi kepentingan umat Islam dan negara, biar kita berbeza pendapat dari segi politik tetapi hal-hal melibatkan hak bersama, kita bersatu, oleh itu pakatan ini akan menguntungkan kita.

“Bagi UMNO, kita tiada masalah kerana ajaran Islam secara jelas menyeru umatnya bersama-sama demi membangunkan agama, tanah air dan manfaat rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, `pakatan senyap` antara kedua-dua parti itu boleh menjaga hak-hak kaum Melayu dan Islam kerana UMNO dan Pas mewakili orang Melayu yang beragama Islam.

“Suara yang melibatkan hak agama dan Melayu kita boleh perkuatkan kerana kita sudah lama berpecah dan sekarang adalah masanya untuk menyatukan semula suara orang Melayu menjadi satu,” katanya.

'Pakatan Senyap' ini mula diperkatakan apabila Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis satu artikel bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com.

Memetik artikel tersebut, Ridhuan menyeru agar UMNO dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoalkan.

“Benar, mereka (DAP, MCA dan Gerakan) nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti DAP akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang akan bekerjasama secara senyap?

“Dua parti komponen ini (MCA dan Gerakan) akan senyap-senyap menyampaikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah,” kata Ridhuan dalam blognya.

Ridhuan yang juga Presiden Pertubuhan Cina Muslim Malaysia turut menjelaskan UMNO sekarang dalam keadaan tersepit kerana sentiasa memenuhi pelbagai tuntutan dari parti-parti lain dalam BN malah dari Pakatan Rakyat (PR) kerana ketiadaan Pas sebagai satu suara.

“Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak. Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat `diluah mati bapak, ditelan mati emak`.

“UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu,” katanya.

Baru-baru ini, Pas menolak kerjasama dengan UMNO dan mengulangi kenyataan bahawa mereka akan terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PR serta menggambarkan UMNO sekarang ‘sudah tenat’ dan perlu digantikan dengan Pas.

Comments (3)Add Comment
0
...
written by gua, November 13, 2009
Kongsidit juge ke. Aku nak mecedes dengan bmw jugak. takkan kosong je beb.
0
Pakatan senyap Umno Pas
written by Nash Ar-Rawy, November 14, 2009
Memang Umno sekarang adalah elite anjing tersepit "MelayuIslam Umnopurtra". Kali pertama "anjing tersepit MelayuIslam Umno elitpurtra ini diselamatkan PAS masuk BN . Bila 'anjing tersepit MelayuIslam elit umnoputra ini terasa gah PAS dengan senang hati ditendang Keluar dan Kelantan dimagerankan sehingga PAS tertinggal satu kerusi sahaja.
Nabi bilang orang mukmin tiada bisa dipatuk dua kali dalam satu lubang oleh ular yang sama ( "anjing tersepit MelayuIslam Umno elitputra) .Pastinya PAS tiada akan membiarkan opotunis "anjing tersepit MelayuIslam elit Umnoputra ini" kembali beraksi untuk kali keduanya.
Melayu tiada bisa membela melayu kerna Melayu tipu Melayu oleh MelayuIslam ( kroni elit DEP MelayuIslam Umnoputrra) Melayu bunuh Melayu ( Memali) atas konspirasi MelalyuIslam Umnoputra".
Tiada ajaran MelayuIslam , CinaIslam atau Arab Islam . Yang ada hanya Islam Islam Siapakah ikhwan lamu soalan kubur bisa kah kamu mejawab "MelayuIslam Umnopurtra . Malaikat pastinya ketawa bagaimana ummat Muhammad di ditipu dengan "MelayuIslam Umnoputra".Hanya Islam yang bisa selamatkan orang Islam dan semua kaum dan agama ;Islam for all . Apabila islam diperjuangkan. "Islamu nyalu wala nyala 'alaih Insya allahu umatnya pasti selamat. Tetapi Melayu Islam samlah dengan ArabIslam kerna fahaman assobiyyah atau kebangsaan atau Natinolisma OIC tidak bisa bersatu kerna ada ArabIslam, Turki Islam, MelayuIslam, dsn sama seperti kosmetik MelayuIslam Umnopurtra : dunia islam diratahi Yahudi. Tolaklah fahaman sesat MelayuIslam Umopurra tinggalkan UmnoMelayuIslam keseseatan nya dan masuk Islam Islam bersama PAS . Kerna Pakatan PAS DAP PKR itu lebih praktis yang terdiri daripada pejuang-pejuang keadilan dan penentang autokrasi kezaliman ISA . PAS DAP PKR lebih baik daripada UMNO MCA MIC Sila lihat : www.nasharrawy.blogspot.com dan www.perakekpress.com tk.
0
...
written by dogong, November 15, 2009
senyap.. macam ular dalam semak! Macam ni bolih cari makan..

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Police studying calls made by missing beauty products founder 6 Sep 2010 | 9:25 pm

    KUALA LUMPUR (Bernama): The last few calls made and received by Nouvelle Visages beauty products founder Datuk Sosilawati Lawiya, 47, and three others, who went missing, would shed light on their disappearance.

  • Court retains leave of ex-MIC Youth chief to sue MIED trustees 6 Sep 2010 | 8:51 pm

    PUTRAJAYA (Bernama): The Court of Appeal upheld a decision of a Kuala Lumpur High Court in giving the green light to MIC's educational arm, Maju Institute of Educational Development (MIED), to sue its chairman and eight trustees for alleged mismanagement.

  • NRD to close Sept 10-12 6 Sep 2010 | 8:44 pm

    KUALA LUMPUR (Bernama): The National Registration Department (NRD) will be closed from Sept 10-12 in conjunction with the Aidilfitri.